Thursday 5 May 2011

Indahnya Berbaik Sangka (episod 1)

fuuuuuh....fuuuuuuh!! bukan apa, halau habuk...haha maklum je laa..udoh dekat seminggu aku x update belog..cume hari ni je terase mcm nak cerita tentang INDAHNYA BERBAIK SANGKA.. kenapa pilih tentang tajuk ini? sobabnyo dokek sekolah eden ado sorang sazah ni ha... selalu buruk sangka pada kengkawan kerja.. udoh kacau bilau jadiknya... Katanya kami bukak aib dia tapi dia sendiri yg bukak pekung di dada.. xpo lahai..eden xmau cito lobih2 ni haa...x baik bukak kemaluan rakan sekerja...o0o0psss!!! (lain mcm je ayat ak) haha... ade aku kesah! Kepada "akak" yg berkenaan, bacelah artikel ini kerana sy sengaja menulis khas buat anda!

INDAHNYA BERBAIK SANGKA PART 1

Hubungan baik sesama manusia, Khususnya antara orang islam merupakan sesuatu yang harus di ushakan dengan sebaik mungkin. Ini kerana ALLAH s.w.t telah menggariskan bahawa setiap mukmin itu bersaudara. Hal ini telah pun dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud : "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah anatara dua saudara kamu (yg bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" (surah al-Hujurat:10)

Dengan ini, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan haruslah dipelihara. Sementara segala bentuk sikap dan sifat yang boleh merosakkn ukhuwah harus di singkirkan. Contoh seperti menuduh orang memfintah akan diriya...(oooh pliss laa, xdek mase kami nk "potpet2" pasal awak). Untuk menjadikan hubungan itu terus terpelihara dgn baik, salah satu sifat positif yang harus di penuhi adalah dengan berbaik sangka. Mcm ni "akak" ye..klu ade yang mengata akak itu dan ini, kena bersabar sb itu adalah ujian kita dan mungkin juga kesilapan kita yg kadangkala kite tak sedar! Jadi bila ada yang tegur jgn cepat gelabah dok kata kami tak puas hati kat hang!!

Oleh itu apabila kita mendapat cerita negatif tentang seseorang janganlah kita terus menerimanya atau lebih-lebih lagi memberikan tindak balas yang juga negatif. Sebaliknya kita hendaklah menyiasat, sejauh mana kebenaranya. "Akak" contoh laa ye klu ada yg pandang kat hang, jeling kat hang dok bisik-bisik sok sek sok sek... "akak" janganlah terus menerus dok SERANG orang tak tentu pasal!! siasat dulu betul ke tidak yang kami ni dok tak puas hati kat hang! kalau tak larat nak siasat sorang, nuh! hang pi balai polis, suh depa siasat kami mcm mane.. Firman Allah yang bermaksud " Hai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu" (surah al-Hujarat :6)


Sebenarnya sifat berburuk sangka ini bukan hanya ada di dalam diri seseorang sebaliknya pada satu-satu waktu ia adalah akibat daripada pengaruh keadaan persekitaran. Misalnya seseorang yang pernah mengalami tragedi kecurian, dirompak, ditipu, diperkosa, dirogol dan sebagainya. Selepas kejadian itu, mereka akan menganggap semua orang adalah jahat! semua orang adalah penipu! atau semua orang tidak baik! eh eh, mcm sejenis penyakit pulak ye...


Bagaimanapun di kalangan mereka yang beriman dan terpuji akhlaknya, INSYAALLAH mampu menghindari diri mereka daripada terus berburuk sangka..Contoh jika ada orang yang tidak dikenali datang ke rumah, mereka tidak terus berburuk sangka, sebaliknya berwaspada dan lebih berhati-hati. Sesungguhnya antara berburuk sangka dan berhati-hati mempunyai maksud yang amat berbeza.. Mata aku dah kuyu, hari pun dah larut...so, to be continued...eh eh sebelum tu jom "akak" kita layan lagu

moge lagu ni dapat memberikan ketenangan dlm kehidupan kita

4 comments:

  1. tazkirah yg baik wa...x sbar nak tunggu smbungan nya :)

    ReplyDelete
  2. hehe aku lagi x sabar nk habes kn tazkirah ni...nanti jumpe ak story mori k..

    ReplyDelete
  3. err...ape pun, siapa pun orang yang dimaksudkan tu, bukan sahaja baik sangka yang diperlukan, malah, perlu mempercayai diri sendiri bahawa, sekiranya diri berada di pihak yang benar,pasti manusia lain tidak membicarakan tentang kita melainkan perkara kebaikan. jadi, kalau nampak orang sok, seo, sok sek, mungkin mereka sedang bercakap tentang kebaikan kita. berbaik sangkalah~

    ReplyDelete
  4. Milikilah HATI yg bersih dan jauh dari sgl prasangka buruk, krn ia ibarat cahaya yg akan menaunggi mu.Ibarat kompas yg kan menuntutn lngkhmu, dan ibarat magnet yg kan sntiasa mnarik sgl kabjikan yg ada di sekitarmu. Krn NUR-NYA yg menaunggi mmbuatmu snntiasa trjaga dan mmberi aura disekitarmu.

    ReplyDelete