Friday 25 November 2011

Tersesat di BeLog sendiri..

Fuuuuh...fuuuh eh aku kat mane ni...eh tak nampak laa....ish mne jalan keluar ni...eh ape ade rumput, ranting kayu, daun-daun kering ni...haha ya ampun..banyaknye sawang-sawang yg ade dlm belog ni... sape punye belog laa ye...pemalas betol tuannya...haha 

sudah berabad aku tak bukak belog ni..sebenarnye apa yang terjadi sebelum ni, aku sendiri pon tak tahu kenapa, masalahnya aku x buley bukak akaun belog sendiri... tu pasal laa korang x nampak aku update..hehe tibe jam 12.45pg, tergerak hati pulak nk cube bukak, skali boley daa...oke laa, nanti ade mase aku coretkan benda-benda yg manfaat kat sini k...akhir kata assalamualaikum!

Wednesday 8 June 2011

Lupa

  8 penyebab korang mudah lupa     
Kalau korang selalu lupa sebaiknya jangan dibiarkan. Cari penyebab anda mudah lupa berdasarkan tanda berikut ini :

1. Kadar gula darah tinggi

Penyimpanan memori boleh terganggu akibat tingginya gula darah anda. Awas, keadaan ini boleh menggangu bahagian otak yang berhubungan dengan memori. Jika mempunyai keturunan keluarga yang ada penyakit kencing manis, sebaiknya kawal kandungan gula anda.

Lakukan juga ujian gula dalam darah secara rutin. Jangan lupa menjaga pola makan seimbang serta tetap aktif. Berjalan kaki adalah salah satu alternatif berkesan mencegah diabetes.

2. Kurang berehat

Otak memerlukan cukup tidur untuk menyimpan memori baru. Dalam satu kajian, responden yang tidur enam jam setiap malam selama dua minggu mungkin tidak merasa kurang tidur. Namun, setelah dilakukan ujian memori secara tetap, hasilnya mereka sukar mengingat memori jangka pendek.

Pertajam daya ingatan anda dengan kadar rehat yang cukup. Jika anda tidak boleh, cuba lakukan tidur pendek selama enam minit semasa tubuh terasa lemah. Cara ini boleh meningkatkan ingatan dan memacu proses memori penting dalam otak.

3. Berdengkur

Berdengkur tidak hanya mengganggu kualiti tidur, tapi juga boleh menurunkan daya ingatan. Semasa tidur berdengkur, saluran nafas anda akan terhalang, sehingga menahan oksigen beberapa saat pada sesuatu waktu dan menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’.

Menurut kajian, lelaki lebih sering berdengkur dibandingkan wanita. Dan, faktor risiko lainnya, kebiasaan ini boleh muncul kerana kelebihan berat badan atau berusia lebih dari 40 tahun.

Jika anda atau pasangan punya kebiasaan berdengkur, sebaiknya anda mendapat nasihat pada doktor. Anda mungkin perlu memakai perangkat khusus untuk mengatasi berdengkur semasa tidur agar aliran oksigen boleh lancar menuju otak. Dengan begitu, daya ingat anda boleh kembali meningkat.

4. Metabolisme menurun

Jika hal ini terjadi, kemungkinan anda memiliki masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Bila produksinya terlalu banyak atau terlalu sedikit dapat mengganggu sel-sel otak, yang dapat memperlahankan masuknya informasi ke otak. Tidak ada salahnya anda berjumpa doktor untuk mengatasi masalah ini.

5. Usia lebih dari 65 tahun

Di usia ini, manusia akan lebih sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 serius dapat menyebabkan penyakit Alzheimer. Seiringnya bertambah usia, dapatkan nasihat dari doktor untuk mengetahui cara meningkatkan kandungan B12, misalnya dengan suplemen.

6. Mengalami depresi

Penderita depresi berat juga mengalami gangguan pada sel-sel otak. Bahkan, ketika depresi berlangsung, ada kemungkinan keadaan ini boleh membunuh sel-sel otak, sehingga menyebabkan daya ingatan ‘merosot’.

Segera cari pengubatan.Jika tidak, makin banyak sel-sel otak yang ‘hilang’, daya ingatan akan makin sukar ditingkatkan.

7. Mengunakan ubat alergi atau pil tidur

Ubat-Ubatan untuk mengatasi masalah seperti insomnia, alergi, dan gangguan, boleh juga menyebabkan fungsi otak terganggu. Maka itu, sebelum mengunakan ubat ini sebaiknya dapatkan nasihat dulu daripada doktar agar daya ingatan anda tidak ikut terganggu.

8. Terlalu banyak mengambil ubat

Jika mengambil lima atau lebih ubat, korang berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan doktor tahu semua ubat yang korang ambil. Jika sebuah iklan ubat nampak menarik, jangan terus terpikat. Sebaiknya minimakan pengambilan ubat terbuka atau hanya mengambil ubat sesuai dengan nasihat doktor.

kenapa aku citer pasal LUPA? sb pagi tadi aku terlupa nk pegi majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah..HAHA..mungkin salah satu punca aku LUPA (sila lihat no 2) dan maklumlah, cuti kan dah nak dekat 2minggu, jd memang LUPA betol ah!! mahap yep guru beso, gpk nge sume guru-guru kecil..saya punye LUPA bukan di sengajakan...hehe!! sekian =)

 

Monday 23 May 2011

GuRu Oh GuRu...

Assalamualaikum....
Guru pikul amanah bentuk masyarakat cemerlang


Kejayaan sistem pendidikan bergantung kepada kesediaan pendidik berdepan cabaran


KECEMERLANGAN hidup seseorang di dunia ini tidak dapat lari daripada pengorbanan orang lain sama ada ibu bapa, ahli keluarga, kaum kerabat, rakan dan guru. Sumbangan itu sudah tentu tidak mampu dibalas, lebih-lebih lagi sumbangan guru membimbing ke arah kecemerlangan.


Statistik menunjukkan bilangan guru ialah seramai 380,000 manakala bilangan anak kita yang berada di alam persekolahan ialah 5.4 juta orang. Lihat betapa besarnya tanggungjawab guru untuk membimbing dan mendidik anak kita ini.


Tanggal 16 Mei dipilih sebagai hari bersejarah untuk kita semua memperingati dan menghargai sumbangan guru terutama dalam mendidik dan menjana tranformasi pendidikan bagi membina negara bangsa.


Sesungguhnya seorang guru adalah insan mulia kerana mereka diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat, mereka diibaratkan seperti bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan bagi menerangi kegelapan di darat dan lautan.


Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Anas bin Malik: “Sesungguhnya perumpamaan orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan.”


Sejarah ketamadunan Islam mencatatkan guru atau ulama adalah golongan amat dihormati oleh masyarakat dan pemerintah. Bukan menjadi sesuatu yang menghairankan jika seorang khalifah sanggup berjalan ke rumah seorang ulama, semata-mata untuk menuntut ilmu.


Diriwayatkan, Imam Malik bin Anas pernah menolak tawaran untuk mengajar di istana bahkan dengan tegas beliau mengatakan, ilmu itu didatangi bukan mendatangi.


Kisah Imam Malik juga adalah contoh murid yang menghormati guru. Jika ada sesuatu persoalan dikemukakan kepadanya, ia lebih suka merujuk kepada gurunya terlebih dulu.


Beliau pernah berkata, “Aku tidak mahu menjawab permasalahan ini sebelum aku bertanya terlebih dulu kepada orang lebih alim daripadaku. Apakah pendapatku ini lebih bertepatan dengan kebenaran.”


Lihatlah sikap merendah diri dan rasa hormat seorang imam dan ulama terbilang seperti Imam Malik.


Begitu juga yang berlaku kepada Imam Shafie yang amat menghormati gurunya. Beliau pernah berkata, “Malik bin Anas adalah guruku. Seandainya tidak ada Imam Malik dan Ibnu Uyainah, maka hilanglah seluruh ilmu ulama negeri Hijaz ini.”


Saidina Ali juga pernah berkata, “Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku.”


Dalam menjana tranformasi pendidikan, tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga berperanan sebagai murabbi untuk membentuk bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan akhirat.


Mereka berada di saf hadapan untuk membangun bangsa cemerlang yang akan menentukan sebuah negara maju, aman dan dihormati. Maka, dalam merialisasikan harapan tinggi itu, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian serta maklumat supaya selari kehendak diperlukan bagi mencapai aspirasi negara.


Walau bagaimanapun kejayaan dan keberkesanan pencapaian sistem pendidikan sebenarnya berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya, kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya.


Kesepaduan antara peribadi dan kemahiran keilmuan adalah unsur penting membantu ke arah kecemerlangan pendidikan. Bagi mencapai hasrat itu, tuntutan kepada ilmu pengetahuan berbentuk fardu ain dan fardu kifayah diperlukan demi memenuhi tuntutan kesejahteraan dunia dan akhirat.


Amalan memisahkan pendidikan fardu ain dan fardu kifayah akan melahirkan masyarakat yang tempang sekali gus menggagalkan usaha membentuk modal insan yang gemilang.


Firman Allah yang bermaksud: “Allah menerangkan (kepada sekalian makhluknya dengan dalil dan bukti) bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, yang sentiasa mentadbir seluruh alam dengan keadilan, dan malaikat serta orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian) tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ali-Imran, ayat 18)


Anak bangsa yang berkualiti harus bermula daripada orang yang mendidik mereka. Keupayaan ini mestilah didokong bersama guru dan masyarakat terutama ibu bapa. Jika tidak, nescaya harapan negara ke arah melahirkan generasi modal insan kelas pertama berjiwa ‘Ulul Albab’ akan sia-sia.


Kita percaya hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak guru penting supaya usaha mengasuh dan mendidik anak berjalan dengan lancar dan sempurna. Ibu bapa dan masyarakat perlu menjalin hubungan erat dan berterusan dengan pihak sekolah supaya permasalahan diselesaikan secara muhibah...
 

Wallahu A'lam...

Sunday 8 May 2011

Hari ibu 2011

Maaf, saya tidak menyambut Mother's Day. Namun, saya meraikan kecintaan kepada ibu saya setiap hari tanpa dibataskan pada hari2 tertentu. Saya juga tidak ingin sekali melibatkan diri dalam hal ini yang mana disebalik hari tersebut adalah bersumberkan amalan tradisi Mothering Sunday atau Mother's Church. Ini pendirian saya kerana I'm Muslim. =)


hanya lagu yang mampu aku dendangkan buatmu ibuku!!!!


o0o0ppsss sebelum tu..ape pasal ye kebanyakn lagu untuk ibu-ibu semuanya nada yang sedih-sedih. Pecipta lagu pun satu, buatlah yang happy, ceria, gembira. Ha!! kan syook nk dengaq. Bukan ke dulu masa kita di lahirkan, mcm mana perasaan ibu kita? gembira yg teramat sgt kan dgn anugerah yg Allah berikan padanya. Oke lah, jom layan lagu yg aku tujukan khas buat BONDA tercinta!

 
 i love u mama..... wer ever u are u alwys in my heart and my mind thnks for ur loving me and caring me!!


 
Chaaaaaaakk mamma!! You will always be apart of my heart, i will never forget you!



i dedicate this song for myLovely mom!!! emmuah..emmuah!!


Azimat Bonda yang tidak pernah aku lupakan!!
(prasan tak ade faisal di situ, tu sahabat saya..hehe)


 
Ibu adalah segala-galanya.Dialah penghibur kita dalam kesedihan,tumpuan harapan dalam penderitaan dan daya kekuatan dalam kelemahan.Dialah sumber cinta kasih,belas kasihan,kecenderungan hati dan keampunan.Sesiapa kehilangan ibunya,hilanglah sebuah jiwa murni yang memberkati dan menjagainya siang dan malam...




 
Bila ibumu masih ada di sisi, jangan sesekali diderhakai. Bila ibumu sudah tiada nanti...walau takdir hidupmu seribu tahun lagi dan setiap inci bumi engkau jelajahi...tiada akan engkau temui lagi sang ibu yang pernah berbakti...kemudian nanti, hanya sesal esak tangismu merawan di hati.

AKHIR KATA-KATA

adik sayang ibuuuuuuuuuuuu!!!!! 



Saturday 7 May 2011

Indahnya Berbaik Sangka (episod 3)

Ini merupakan artikal yang terakhir dari aku mengenai indahnya berbaik sangka. Ia merupakan jalan yang terbaik untuk mentarbiahkn seseorang dan juge kepada diri sendiri..hehe aku la tu!! Moga dengan apa yang aku sampaikan, "akak" berkenaan dapat menginsafi diri dan tidak mengulangi kesilapan lalu. Kalau dia buat jgk lepas ni dekat kawan ngaja yang lain. Memang TAZKIRAH aku ni x berkesan buat dia!! Apa-apa pun aku mesti cube!! haha caiiiyooook!!

Kerugian kerana tidak berbaik sangka (episod last)

Sebaliknya jika kita gemar atau memiliki sifat berburuk sangka, banyak kerugian yang bakal kita peroleh. Bukan hanya di dunia, bahkan di akhirat juga. Antaranya :

1. DOSA. Berburuk sangka adalah suatu perkara yang mendatangkan dosa kerana di samping kita tanpa asas yang jelas sudah menganggap orang lain tidak baik. Berusaha mencari kesalahan atau keburukan orang lain akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain. Allah telah berfirman yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa.(Surah al-Hujarat:12)

2. BERBOHONG. Sikap berburuk sangka akan merugikan kita kerana apa yang dikatakan adalah merupakan sebesar-besar pembohongan. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Jauhilah prasangka itu pembicaraan yang paling dusta"  (Hadis Muttafaq Alaihi) 

3. SIFAT YANG BURUK. Berburuk sangka dengan kepada orang lain tidak hanya menimbulkan dosa dan pembohongan besar tetapi juga mengakibatkan wujudnya sifat-sifat buruk lainnya yang lebih berbahaya. Antaranya kebencian, hasad, dan menjauhi hubungan dengan orang lain. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud : "Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran dan kebajikan akan membawa ke syurga . Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran, dia tercatat di sisi Allah seorang yg benar (jujur). Hati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta  dan selalu memilih dusta, dia akan di catat di sisi Allah sebagai seorang pendusta." (Riwayat Bukhari)

4. TERPUTUS SILLATURRAHIM. Wujudnya perasaan berburuk sangka akan menyebabkan seseorang itu sentiasa menganggap orang tidak baik. Keadaan ini akhirnya bukan hanya menyebabkan mereka hilang kepercayaan kepada orang lain, bahkan orang lain juga bakal menghindarinya. Sifat buruk itu akan membuatkan orang lain tidak berminat atau takut untuk berbaik-baik dengan mereka. Malah ketika kesusahan pula, sukar untuk mendapatkan pertolongan kerana takut di anggap tidak elok.

5. HATI MERUSUH. Kehidupan yang tidak pernah tenang dan hati yang sentiasa merusuh. Manakan hidup hendak tenang apabila sentiasa merusuh dan berprasangka terhadap orang di sekeliling. Orang senyum dikatakan senyum menyindir, orang menegur dikatakan ada udang di sebalik batu, bila orang jeling manja di katanya pula tak puas hati, bila tidak menegur pulak di katakan sombong.. Hadoooii aku tak tau laa mcm mana nk kasik selesai dengan orang yang mcm ni!! "akak" tau kak guane nk selesaikan....tepuk dada akak tu tanya jwpn dalam kepala otak sendiri!!

KATA-KATA AKHIR

Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian , maka perbuatan ini sangat di larang oleh Allah S.W.T. Untuk menjauhi perasaan yang tercela ini, maka kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dalam hubungan, apa lagi sesama muslim.

Dalam pada itu, apabila benih-benih perasaan berburuk sangka mulai tumbuh di dalam hati, hal ini harus segera di banteras sebelum benih-benih itu menjadi akar tunjang dan mengeluarkan buah yg busuk di dlm hati. Sesungguhnya perasaan ini berasal dari godaan syaitan yang sentiasa cuba menggoda manusia. DAN yang penting lagi adalah memperkukuhkan terus tali persaudaraan.

sekian wassalam dari dikwa

Indahnya Berbaik Sangka (episod 2)

Dalam episod 1 aku dah coretkan sedikit mengenai indahnya berbaik sangka. Aku harap sangat "akak" yg aku maksudkan itu membaca dgn sebaiknya tentang artikel yg ak sengaja kirim khas buat beliau. Untuk episod 2 kali ini aku nk kupas mengenai "KELEBIHAN BERBAIK SANGKA". Dan kali ini aku nak "akak" baca dan fahamkan apa yg di sampaikan...jgn kau x baca pulak!!! selama ni dok sedap serang orang kata kami tak puas hati kat hang..la ni hang tgk aku berletiaq na!!!

KELEBIHAN BERBAIK SANGKA PART 2

Banyak nilai dan manfaat yang diperoleh oleh seseorang Muslim apabila dia memiliki sifat berbaik sangka kepada orang lain. Antaranya :

1. Hubungan  persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik. Ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama Muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin  terasa kerana tidak ada perasaan berburuk sangka dalam perhubungan tersebut.

2. Terhindar dari penyesalan dalam hubungan sesama insan. Hal ini demikian kerana buruk sangka akan membuatkan seseorang menimpakan keburukkan kepada orang lain tanpa bukti yang benar. Walaupun cik "akak" dah menuduh kami macam-macam.. Tapi alhamdulillah, sebab kawan yang lain tidak cepat melatah dgn tuduhan yang cik "akak" buat! mereka sangat memahami satu sama lain cuma kami jerr yang tak paham dengan cik "akak".

3. Selalu Berbahagia atas segala  kemajuan yang dikecapi orang lain walau kita sendiri belum mampu mancapainya. Perkara ini membawa maksud yang penting kerana dengan bersikap begini akan membuatkan jiwa kita menjadi tenang dan terhindar daripada perasaan iri hati yang boleh menambah dosa-dosa baru. Ini bermakna kebaikan dan kejujuran akan emmbawa kita kepada kebaikan yang lebih banyak. Sebaliknya dosa serta keburukan pula akan menghantar kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan sikap negatif yang semakin banyak.

4. Mempunyai kehidupan dan hati yang sentiasa tenang. Tapi tak tau la pulak dengan cara "akak". Mungkin "akak" akan rasa tenang dengan meluahkan rasa ketidak puashatian itu dengan melemparkan tuduhan kepada kami.


AKHIR KATA-KATA

Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah
banyak. Jauhi seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah
lebih daripada banyak. - LUKMANUL HAKIM

Thursday 5 May 2011

Indahnya Berbaik Sangka (episod 1)

fuuuuuh....fuuuuuuh!! bukan apa, halau habuk...haha maklum je laa..udoh dekat seminggu aku x update belog..cume hari ni je terase mcm nak cerita tentang INDAHNYA BERBAIK SANGKA.. kenapa pilih tentang tajuk ini? sobabnyo dokek sekolah eden ado sorang sazah ni ha... selalu buruk sangka pada kengkawan kerja.. udoh kacau bilau jadiknya... Katanya kami bukak aib dia tapi dia sendiri yg bukak pekung di dada.. xpo lahai..eden xmau cito lobih2 ni haa...x baik bukak kemaluan rakan sekerja...o0o0psss!!! (lain mcm je ayat ak) haha... ade aku kesah! Kepada "akak" yg berkenaan, bacelah artikel ini kerana sy sengaja menulis khas buat anda!

INDAHNYA BERBAIK SANGKA PART 1

Hubungan baik sesama manusia, Khususnya antara orang islam merupakan sesuatu yang harus di ushakan dengan sebaik mungkin. Ini kerana ALLAH s.w.t telah menggariskan bahawa setiap mukmin itu bersaudara. Hal ini telah pun dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud : "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah anatara dua saudara kamu (yg bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" (surah al-Hujurat:10)

Dengan ini, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan haruslah dipelihara. Sementara segala bentuk sikap dan sifat yang boleh merosakkn ukhuwah harus di singkirkan. Contoh seperti menuduh orang memfintah akan diriya...(oooh pliss laa, xdek mase kami nk "potpet2" pasal awak). Untuk menjadikan hubungan itu terus terpelihara dgn baik, salah satu sifat positif yang harus di penuhi adalah dengan berbaik sangka. Mcm ni "akak" ye..klu ade yang mengata akak itu dan ini, kena bersabar sb itu adalah ujian kita dan mungkin juga kesilapan kita yg kadangkala kite tak sedar! Jadi bila ada yang tegur jgn cepat gelabah dok kata kami tak puas hati kat hang!!

Oleh itu apabila kita mendapat cerita negatif tentang seseorang janganlah kita terus menerimanya atau lebih-lebih lagi memberikan tindak balas yang juga negatif. Sebaliknya kita hendaklah menyiasat, sejauh mana kebenaranya. "Akak" contoh laa ye klu ada yg pandang kat hang, jeling kat hang dok bisik-bisik sok sek sok sek... "akak" janganlah terus menerus dok SERANG orang tak tentu pasal!! siasat dulu betul ke tidak yang kami ni dok tak puas hati kat hang! kalau tak larat nak siasat sorang, nuh! hang pi balai polis, suh depa siasat kami mcm mane.. Firman Allah yang bermaksud " Hai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu" (surah al-Hujarat :6)


Sebenarnya sifat berburuk sangka ini bukan hanya ada di dalam diri seseorang sebaliknya pada satu-satu waktu ia adalah akibat daripada pengaruh keadaan persekitaran. Misalnya seseorang yang pernah mengalami tragedi kecurian, dirompak, ditipu, diperkosa, dirogol dan sebagainya. Selepas kejadian itu, mereka akan menganggap semua orang adalah jahat! semua orang adalah penipu! atau semua orang tidak baik! eh eh, mcm sejenis penyakit pulak ye...


Bagaimanapun di kalangan mereka yang beriman dan terpuji akhlaknya, INSYAALLAH mampu menghindari diri mereka daripada terus berburuk sangka..Contoh jika ada orang yang tidak dikenali datang ke rumah, mereka tidak terus berburuk sangka, sebaliknya berwaspada dan lebih berhati-hati. Sesungguhnya antara berburuk sangka dan berhati-hati mempunyai maksud yang amat berbeza.. Mata aku dah kuyu, hari pun dah larut...so, to be continued...eh eh sebelum tu jom "akak" kita layan lagu

moge lagu ni dapat memberikan ketenangan dlm kehidupan kita

Wednesday 27 April 2011

Bekerja sebagai IBADAH

Bekerja adalah suatu tuntutan agama, sekaligus menjadi ibadah. Justeru organisasi dan pekerja Muslim seharusnya berusaha untuk meningkatkan kualiti prestasi kerjanya.

Untuk melahirkan prestasi kerja yang berkualiti, perlulah mewujudkan satu budaya yang positif yang selalu menggalakn ke arah penambahbaikan dan berterusan kepada semua lapisan pekerja daripada peringkat ketua sehingga pekerja biasa.

Budaya kerja Islam membina kekuatan melalu mekanisme dalaman iaitu menghubungkan usaha dan pekerjaan sebagai tuntutan keagamaan. Bagi yang ingin menghayati Islam, mereka seharusnya turut berusaha meningkatkn prestasi kerja dari semasa ke semasa.


Hal ini selaras dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu kerja, maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya"
(Riwayat Al-Baihaqi)


Akhir kata-kata

Sebagai Muslim tak kiralah korang bekerja sebagai kontrak atau tetap, kerajaan atau swasta. Bekerjalah dengan niat kerana Allah. Jalankanlah pekerjaan itu dgn HATI yang ikhlas dan sebaik-baiknya. Moga kite memperoleh ganjaran di sisi-NYA.

Monday 25 April 2011

Memilih Sahabat

Tidak semua orang boleh di jadikan sahabat. Dalam hal ini Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya, maka oleh sebab itu baiklah seseorang dari kamu semua meneliti orang yang akan di kasihinya."
(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)


Pesanan al-Qamah kepada anaknya,
ANAKKU, jika kamu berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, Maka pilihlah yang mempunyai sifat ini, iaitu jika engkau melayaninya, ia suka melindungimu. Jika engkau menjadi sahabatnya, dia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, dia akan mencukupkan keperluanmu.


Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, lalu dia memberi dengan rasa terharu. Jika dia melihat kebaikan yang timbul dari dirimu, dia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sangat berguna, sementara jika dia mengetahui keburukan dalam dirimu lalu dia menutupnya.


Pilihlah sahabat yang jika engkau minta sesuatu daripadanya, dia pasti memberi. Jika engkau diam, dia mula menyapa dahulu dan jika ada kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia pasti membantu, meringankan beban serta menghiburkanmu.


Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata-kata, dia suka membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayai sahaja. Jika engkau mengusahakan sesuatu persoalan yang berat, ia suka menemanimu mengusahakannya, sementara jika engkau berselisih dengannya, dia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu.

AKHIR KATA-KATA

anda dewasa! anda bijak...tau yang mana baik dan yang mana buruk....terserah! pilihlah dgn berhati-hati. aku mempunyai ramai sahabat di antaranya :

ini sahabat saya-->ernelizah binti maskuri...pic ni mase raya taun lepas...hehehe


siti aisyah binti jamaluddin-->pic dekat depan sekolah samtaj...haha~


nur hafizah binti ahmad puzi--> pic dekat PAS shah alam...main bowling..haha sian piza kalah :(


norazimah binti nordin-->menghirup udara di marina resort.....hohoo~


seperti kata-kata dia atas, aku mempunyai ramai sahabat dan ini adalah di antara nya...mereka bagaikan nyawa saya!! dan kerana itu saya sayangkan mereka.. p/s: maaf  x dapat nk siarkan "semua gambar" sahabat-sahabat saya...sb aku dah penaaaaaaaaaaaaaaat!!! haha

sekian wassalam

Ujian Tingkat Kematangan

Tiada manusia yang tidak diuji dengan tekanan. Sama ada di rumah, pejabat, atau keluarga, tekanan tetap ada. Malah tekanan dianggap sebagai lumrah dalam kehidupan manusia.


Bagaimana Rasulullah memberikan penawar untuk berdepan tekanan seperti sabda baginda yang bermaksud,
"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabaranya menghadapi bencaa dan kesusahan tersebut."
(Riwayat al-Hakim)


Ingatlah bahawa UJIAN selalu seiring dengan perjuangan. Oleh itu, ia tetap memerlukan bekalan IMAN, SABAR dan ISTIQAMAH. UJIAN di jadikan Tuhan untuk mengukur tahap keimanan seseorang itu kepada ALLAH dan seluruh ajaran-NYA adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.

Umat islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapanya, orang munafik yang sentiasa membenci terhadapnya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa mengongcang keimanannya. Semua ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah.


Lawan bagi SABAR adalah mengeluh dan merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana mengeluh akan membuatkan seseorang itu lemah semangat dan menerbitkan kekecewaan serta putus asa sedangkan Allah berfirman yang bermaksud. "Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan" (al-insyirah:6)


AKHIR KATA

Yang penting, sering sematkan dalam hati tanpa masalah atau UJIAN, tidak akan lahir kematangan kerana pengalaman untuk menyelesaikan masalah adalah guru terbaik bagi menjamin kejayaan dalam kehidupan.

Sunday 24 April 2011

Kebersihan itu IMAN

Kekemasan dan kebersihan antara aspek yang biasanya mendapat perhatian awal ketika kita bersosial. Pakaian yang selekeh, comot dan kebersihan yang di abaikan, mungkin boley menyebabkan orang lain memberikan tanggapan buruk pada kita. Di sebabkan itu juga, islam memberikan perhatian yang khusus dalam aspek kekemasan dan kebersihan yang merangkumi fizikal dan mental.


ALLAH berfirman yang bermaksud,
"Sesungguhnya ALLAH mencintai orang yang bertaubat dan mencintai orang yang suci (baik dari kekotoran jasmani mahupun kekotoran rohani)" (Al-Bakarah:222)


aspek kebersihan begitu penting sehinggakan seseorang yang mengerjakan solat dalam keadaan tidak suci pakaian dan tempat solatnya, maka solatnya juga tidak di terima.


Kata Ibnu Umar,aku mendengar Rasulullah Bersabda yang bermaksud,
"Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal dari kejahatan (seperti mencuri, menipu,menggelapkan wang, rasuah,judi dan sebagainya) 
(sahih Muslim)


Begitu juga daripada Ibnu Malik al-Asy'aru,katanya Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Kebersihan itu sebahagian daripada IMAN, menyebut 'Alhamdulilah',pahalanya sepenuh timbangan. Membaca Subhanallah wal hamdulillah',pahalanya sepenuh ruang antara langit dan bumi. Solat itu cahaya, sedekah itu bukti, sabar itu sinar. Al-Quran itu hujah bagimu atau alasan yang ditujukan padamu. Setiap orang pagi-pagi menjual dirinya, ada yang menyelamatkan dirinya dan apa pula yang membinasakan dirinya"
(Sahih Muslim)


AKHIR KATA-KATA

kepada sahabat-sahabat semua...jadikan laa kebersihan itu satu amalan yang penting dalam kehidupan.. jangan laaa keluar rumah pandai bergaya, kemas tapi keadaan rumah tu sndiri...hampeh! nak ubah? tanya pada HATI.....

Thursday 21 April 2011

Istidraj

Apakah istidraj itu? Patutkah atau tidak kita jauhi istidraj? Inilah yang akan saya ulas dalam risalah ini. Tajuk ini adalah amat penting,terutama kepada anak-anak dan generasi muda kita agar tidak terkeliru dengan risalah ini.

    Pemikiran kebanyakan umat Islam di zaman moden ini nampaknya jelas kelihatan kian jauh menyimpang dari pemikiran seseorang Islam di zaman silam.Pemikiran manusia di zaman serba maju ini telah dihanyutkan oleh arus keadaan dan diselaputi oleh kebendaan.

    Itulah sebabnya kita lihat masyarakat pada hari ini berbeza dengan masyarakat dahulu.Bagaimana masyarakat pada hari ini? Mereka telah terpengaruh dengan apa yang ada, dengan suasana sekelilingnya. Mereka tidak memandang jauh sepertimana orang-orang dahulu. Padahal orang dahulu tidak belajar tinggi sehingga ke universiti.Kita sekarang cerdik! eh silap, korang sekarang cerdik!! ada ijazah,ada PhD dan macam-macam,tapi bodoh.

    Manusia tersebut telah tertipu dengan kekuasaan,pangkat, kebesaran dan kekayaan yang diperolehi.Lantas mereka tidak faham lagi dengan nikmat Allah.Jika dia berkuasa,dia gunakan kekuasaannya untuk menindas orang-orang bawahannya kerana dia tidak tahu menggunakan nikmat kekuasaan  yang ada padanya.Dia tidak faham tentang nikmat dan rahmat Allah S.W.T. 

a) Kuasa Dan Kekayaan Untuk Maksiat

    Kalau dia ada kebesaran,dia menzalimi orang dibawahnya.Kekayaan yang ada padanya digunakan bukan untuk kebaikan dirinya dan orang lain, tetapi untuk berbuat maksiat kepada Allah S.W.T.

    Manusia golongan ini telah terkeliru dengan fahaman mereka sendiri.Mereka tidak faham dan tidak dapat membezakan nikmat pemberian Allah kepada hambaNya yang setia dengan hambaNya yang derhaka. Berikut perbualan diantara "ustaz dan mahasiswa"

Saya pernah ditanya oleh seorang mahasiswa,

“Ustaz,betulkah atau tidak,saya dengar ustaz bersyarah,ulama’-ulama’ kalau bersyarah menyatakan bahawa barangsiapa yang mahu mendapatkan kebahagian di dunia dan di akhirat hendaklah mengikut jejak langkah Rasulullah S.A.W. dan berpegang teguh kepada agama Islam. Betulkah ustaz?”

Saya jawab, “betul.”

“Minta maaf ustaz,saya tidak percaya.Sebab,apa yang saya lihat realitinya tidak begitu. Orang-orang yang mengikut jejak langkah Rasulullah inilah yang teruk.”

Dia kemudian menyebutkan beberapa contoh,

“Mak dan ayah saya,bukan sahaja sembahyang sehari semalam lima waktu, tapi tengah malam pun bangun sembahyang tahajjud.Rumah kami roboh juga. Puasa bukan sahaja puasa Ramadhan,Isnin mereka puasa,Khamis pun mereka berpuasa.Tapi kami makan sebulan sekali daging pun susah. Ayah saya, orang belum azan sudah pergi ke masjid.Begitu azab mak dan ayah saya yang berpegang teguh kepada agama.”

“Tapi,bapa saudara saya (adik mak saya),tak pernah sembahyang seumur hidupnya.Rumahnya rumah batu.Puasa pun tidak pernah.Kalau kita tanya, pakcik tak ingat mati? Bukan saya seorang sahaja yang mati,katanya. Kalau masuk neraka pun ramai juga orang lain yang masuk. Dia hidup kaya,hidup mewah,kita yang sembahyang ini,hidup susah.”

    Sebenarnya,hendaklah kamu tahu tentang nikmat-nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada makhluk-makhlukNya.Pemberian nikmat Allah kepada hambaNya yang setia (yang dikasihiNya) ialah pemberian yang diredhaiNya,tetapi pemberian nikmat Allah kepada manusia yang melakukan maksiat dan kejahatan adalah pemberian yang tidak diredhaiNya.Inilah yang dinamakan ISTIDRAJ.

    Pemberian yang redha ini seperti pemberian ayah kepada anaknya. Ketika si ayah hendak sembahyang,tiba-tiba lalu si penjual aiskrim.Si anak merengek minta dibelikan.Si ayah pun membelikannya kerana tidak mahu anaknya mengacau dia sembahyang.Dengan senyum mesra diberikannya aiskrim itu dengan layanan yang baik.

“Makan baik baik nak,jangan bising-bising,ayah nak sembahyang.”

    Kemudian,baru saja nak sembahyang,si anak menjerit-jerit minta tambah aiskrim lagi.Si ayah naik darah.Dengan perasaan marah,dibelikan juga aiskrim tersebut kerana takut sembahyangnya tidak khusyuk.Tetapi pemberiannya pada kali ini tidak disertai dengan kemesraan.Pemberian inilah yang dikatakan sebagai pemberian yang tidak redha.

    Begitu juga Allah S.W.T. dengan kita.Kadang-kadang manusia mendapat nikmat yang diredhai Allah dan kadang-kadang tidak.Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud,

“Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberi nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diIstidrajkan oleh Allah SWT.” (Riwayat At-Tibrani, Ahmad dan BaihaQi)

    Akan tetapi manusia derhaka yang terkeliru dengan pemikirannya berpendapat bahawa dengan nikmat yang datang mencurah daripada Allah S.W.T. kepadanya itu walaupun dia sentiasa melakukan maksiat,dia menyangka itu adalah bukti yang menunjukkan bahawa Allah kasih dan berserta dengan perbuatan maksiat mereka. 

b) Manusia Istidraj – Manusia Yang Lupa Daratan

    Walaupun dia membuat maksiat,tapi dia merasakan Allah menyayanginya.Manusia seperti ini kadang-kadang memandang hina kepada orang-orang yang suka beramal dan ke masjid.Apatah lagi orang yang selalu ke masjid itu hanya berselipar jepun atau berterompah kayu, sedangkan dia naik kereta jenis mewah.

“Alah,siang malam ke masjid,ke surau,tapi basikal buruk pun tak ada. Tengok aku.Aku nak ke kelab malam dengan kereta mewah.BMW seh!! peerrggh, tergugat cik timah bila selisih..Walaupun aku tidak pernah sembahyang,tapi Allah sayangkan aku.Kalau awak sikit ibadat,tentu awak juga akan kaya macam aku.” Katanya sombong.

    Inilah jenis manusia yang tidak sedar akan dirinya sendiri.Dia melakukan maksiat pagi petang.Siang malam,dia sangka Allah sayangkannya.

    Maka mereka yang berpendapar sedemikian,baik mereka yang mengaku muslim,lebih-lebih lagi yang kepada orang yang sudah nyata kafirnya,berterusanlah mereka menggunakan nikmat pemberian Allah yang berupa harta kekayaan,kebesaran,pangkat dan kuasa mereka untuk melakukan penindasan dan kezaliman serta maksiat (derhaka) kepada Allah yang berpanjangan.

    Sesungguhnya mereka tidak faham dan tidak sedar sama sekali bahawa pemberian nikmat itu adalah istidraj daripada Allah.Dengan pemberian nikmat yang tidak diredhaiNya itu mereka akan lalai dari mengingati Allah.Akhirnya mereka akan menemui kehancuran dan kemusnahan.

    Kadang-kadang Allah S.W.T. memberikan manusia nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud,

“Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut,Allah terbangkan semut itu dengan dua sayapnya.” (Daripada kitab Nasa’ibul ‘Ibad)

    Anai-anai misalnya,kalau tidak ada sayap selamatlah dirinya.Dia akan duduk diam di bawah daun atau merayap di celah-celah batu.Jika Allah hendak membinasakannya,Allah beri ia sayap.Anai-anai kalau sudah bersayap namanya akan berubah menjadi kelkatu.Otaknya menjadi otak kelkatu.Kelkatu,bila dapat nikmat dia cuba nak lawan api.Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat,dia cuba hendak melawan Allah.

c) Pemimpin-pemimpin Yang Dilaknati Allah

    Buktinya telah banyak kita lihat dan kita dengar.Berapa banyak pemimpin-peminpin yang dahulunya gagah dan sombong telah dilaknati Allah.Tidak kurang juga jumlahnya kerajaan yang besar lagi utuh telah pun hancur dan musnah.

    Firaun yang gagah mengaku Tuhan,Namrud yang sombong membakar Nabi Allah Ibrahim, Qarun yang kaya Tha’labah yang bakhil dan banyak lagi … semuanya telah musnah diatas kesombongan dan keangkuhan mereka!

    Nikmat Allah yang diberikan kepada Firaun tidak terkira banyaknya.Bersin pun tidak pernah.Jangan kita ingat kita sihat Allah sayang kita.Firaun lagi sihat,tetapi dengan nikmat kesihatan itulah Allah binasakannya. Orang lain selalu sakit,tetapi Firaun tidak. Orang lain mati,sedangkan dia belum juga mati mati hingga dia merasa besar diri,sombong dan takabbur.Akhirnya dia mengaku dirinya Tuhan.

    Namrud begitu sombong dengan Allah hingga membakar Nabi Ibrahim.Berapa besar pangkat Namrud? Bagaimana dia menemui ajalnya? Kematiannya hanya disebabkan oleh seekor nyamuk yang masuk ke lubang hidungnya!

    Tidak ada seorang pun manusia pada hari ini yang sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya saja 40 ekor unta membawanya.fuuuh!! Akhirnya Allah tenggelamkan hartanya dengan dirinya sekaligus.Hingga kini harta itu tidak timbul-timbul.Harta Qarun itulah yang kita cari cari sehingga lupa sembahyang!! (haha teringat dulu mase zaman kecit-kecit,kwn sorok duit ak carik!! bila jumpe, yeeaayy!! harta qarun!! gilo..) Kalau kita kaya,kita sangka Allah sayang.Qarun lagi kaya, akhirnya Allah jahanamkan harta kekayaannya dengan dirinya sekali.

    Di mana dan bagaimanakah keadaan mereka itu sekarang? Tanyalah pada tanah! Tanah yang mereka pijak semasa mereka diistidrajkan oleh Allah yang akan memberikan jawapan.

    Kita baru naik kereta sudah sombong.Rasulullah S.A.W. naik ke langit pun tidak sombong.Kita kalau berjumpa dengan orang besar sikit sudah sombong dan merasa bangga. Kalau menteri senyum kepadanya dia meresa bangga.Rasulullah S.A.W. berjumpa dengan Allah S.W.T. di langit,tetapi baginda tidak pun sombong.

Kejadian seperti ini akan terus berlaku sepanjang zaman. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud,

“Sunnah Allah tidak pernah berubah atau bertukar.”

    Apabila kita tinjau semua ini,akan hilanglah segala persoalan yang tidak terjawab dan yang menjadi keraguan selama ini yang sentiasa mengganggu fikiran kita.Mengapa orang-orang kafir kaya raya? Mengapa orang-orang yang sentiasa membuat maksiat hidup mewah? Tidakkah kita hairan mengapa orang-orang yang selalu ke masjid hanya berbasikal buruk? Yang ke kelab malam naik kereta mewah?

d) Cara Untuk Menentukan Nikmat Yang Diredhai Allah

    Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu.Adakah pemberian itu diredhai Allah atau tidak? Caranya ialah hendaklah dia sentiasa mengkaji dengan teliti nikmat yang diterimanya itu dan bagaimana serta ke mana digunakannya?

    Seseorang yang menerima segala nikmat itu akan terus mensyukuri Allah.Dia akan menggunakan pemberian itu ke jalan kebaikan dan selain dari itu,dia sentiasa redha mengabdikan dirinya kepada  Allah.Maka dengan limpah kurnia yang diperolehinya itu adalah pemberian yang diredhai Allah.

    Pemberian yang diredhai Allah akan membuatkan seseorang itu ikhlas apabila bersedekah.Apabila dia melihat orang membawa list derma, dia lantas memanggil orang tersebut walaupun dia hanya ada wang 50 sen ketika itu.

“Ini sedekah saya.Maaflah,hanya 50 sen.” Katanya.

    Akan tetapi pemberian yang tidak diredhai Allah akan membuatkan orang yang menerimanya enggan bersedekah atau berbuat kebajikan dengan ikhlas.Dia ada wang RM500.00 dalam sakunya.Ketika orang minta derma dia menyatakan dia tiada wang.Maknanya wang yang ada dalam sakunya adalah wang istidraj.

    Pada suatu hari,lalu seorang gadis cantik yang menjual tiket “pertunjukan amal”.Belum pun sempat gadis itu menawarkannya,dia pula yang memanggilnya terlebih dahulu. Diapun membeli tiket untuk pertunjukan amal itu.

    Pertunjukan amal? Ini juga satu kekeliruan bagi kita.Kita sering tertipu dengan label “amal” ini.Kadang-kadang pada waktu Maghrib,lalu sebuah van yang riuh rendah dengan muzik dan memberi pengumuman.

“Tuah tuan,silalah datang ke taman hiburan,kita akan mengadakan pertunjukan amal.”

    Ada ibu bapa yang terpengaruh lalu pergi dengan membawa keluarga.Pasal pertunjukan amal,dia ingat dapat pahala.

    Inilah cakap-cakap yang mesti kita jaga.Begitu juga dengan orang yang bersyarah. Kita mesti tengok betul gerak-geri orang yang bersyarah tersebut.Ke mana pensyarah tersebut hendak membawa kita.Sebab kadang-kadang banyak kekeliruan dalam syarahan-syarahannya.

Ada pensyarah yang berkata,

“Kita sekarang hendaklah sesuaikan Islam dengan zaman.”

    Nampak jelas di sini otak kita hendak dikelirukannya.Hendaklah kita sedar,Islam itu tidak boleh disesuaikan dengan zaman,tetapi zaman itulah yang mesti disesuaikan dengan Islam.

    Kalaulah Islam hendak disesuaikan dengan zaman,maka zaman orang bertelanjang Islam sesuai dengan orang yang bertelanjang,zaman orang merompak,Islam mesti sesuai dengan perompak.Tidak boleh islam disesuaikan dengan zaman.Islam tidak boleh tunduk kepada zaman, tetapi zaman itulah yang mesti tunduk dengan Islam.

    Tidak beberapa lama dahulu,saya berjumpa dengan seorang ulama’. Ditanya tentang loteri,dia kata haram.Habis,bagaimana kalau kita hendak membantu orang,macam loteri kebajikan?

“Halal.” Katanya.

    Loteri haram,dibalut dengan label kebajikan jadi halal.Inilah cakap-cakap yang mengelirukan kita.Kiranya di samping seseorang yang menerima segala nikmat Allah,maka bertambah pula maksiat dan derhakanya kepada Allah,maka jelaslah segala kemudahan dan kemewahan yang diperolehinya itu adalah istidraj,iaitu pemberian nikmat yang tidak diredhai Allah S.W.T.
Namun,jangan pula apabila ada orang kaya datang ke masjid dengan kereta besar kita katakan istidraj.Orang naik pangkat istidraj, orang-orang besar istidraj.Jangan beb!! Orang-orang yang menggunakan nikmatnya untuk kebajikan,untuk mengabdikan dirinya kepada Allah, itu bukan istidraj namanya.

  pada akhir kata-kata
Inilah yang sangat-sangat kita takuti dalam hidup ini dan kehidupan kita di dunia ini.Sebab itulah umat Islam di zaman Rasulullah S.A.W. sentiasa merintih di hati sanubari sambil berkata,

"RedhaMu yang selalu kami rindukan,
Dan marahMu yang sangat kami takuti,
Tuhan … Lebih baik kami hidup miskin … … asal dalam redhaMu,
Kami tak ingin kepada kekayaan … … di dalam marahMu.

    Inilah sajak yang penuh makna.Apakah maknanya? Hidup kita di dunia mesti ada terget,mesti ada pedoman.Jangan hidup kita seperti kumbang di tengah kolam,ditiup angin ke tepi ia ke tepi,ditiup ke tengah ia ke tengah.Tidak ada pegangan langsung.

    Kita kalau hendak selamat,hidup kita mesti ada terget atau matlamat atau tujuan. Tujuan hidup kita di dunia ialah mencari keredhaan Allah S.W.T.,baru kita selamat.Bukan kaya yang kita cari dan bukan juga miskin yang kita cari!

    Kalau target kita hanya untuk kaya,akan jahanamlah diri kita. Jika ada kesempatan untuk kaya,kita lihat dulu.Kalau ada keredhaan Allah,barulah kita ambil.Kalau tidak lebih baik kita miskin.Bukan tujuan kita untuk menjadi miskin,tetapi hendak mencari keredhaan Allah. Kalau hidup miskin ada keredhaan Allah,maka kita pilih miskin.Kalau mahu menjadi kaya dengan keredhaan Allah,katakan aku tidak mahu kekayaan tanpa keredhaanMu.

    Bila hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,nescaya selamatlah kita di dunia dan di akhirat.

Wallahu A’lam.

Wednesday 20 April 2011

Perasmian Blog

assalamualaikum..haa hari nii aku nak mula bertapak wat blog aku ....dgn lafaz bismillahirrahmanirrahim.. aku merasmikan blog aku niiih ..amiin...