Monday 25 April 2011

Ujian Tingkat Kematangan

Tiada manusia yang tidak diuji dengan tekanan. Sama ada di rumah, pejabat, atau keluarga, tekanan tetap ada. Malah tekanan dianggap sebagai lumrah dalam kehidupan manusia.


Bagaimana Rasulullah memberikan penawar untuk berdepan tekanan seperti sabda baginda yang bermaksud,
"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabaranya menghadapi bencaa dan kesusahan tersebut."
(Riwayat al-Hakim)


Ingatlah bahawa UJIAN selalu seiring dengan perjuangan. Oleh itu, ia tetap memerlukan bekalan IMAN, SABAR dan ISTIQAMAH. UJIAN di jadikan Tuhan untuk mengukur tahap keimanan seseorang itu kepada ALLAH dan seluruh ajaran-NYA adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.

Umat islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapanya, orang munafik yang sentiasa membenci terhadapnya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa mengongcang keimanannya. Semua ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah.


Lawan bagi SABAR adalah mengeluh dan merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana mengeluh akan membuatkan seseorang itu lemah semangat dan menerbitkan kekecewaan serta putus asa sedangkan Allah berfirman yang bermaksud. "Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan" (al-insyirah:6)


AKHIR KATA

Yang penting, sering sematkan dalam hati tanpa masalah atau UJIAN, tidak akan lahir kematangan kerana pengalaman untuk menyelesaikan masalah adalah guru terbaik bagi menjamin kejayaan dalam kehidupan.

2 comments:

  1. suke entry ni..thanks wa... :)

    ReplyDelete
  2. Teruskan membaca..sokongn anda amat sy perlukan..hihi~

    ReplyDelete